Header Ads

Pemuda MCA desak bubar BN



KUALA LUMPUR - MCA perlu mendesak supaya BN dibubarkan bagi membolehkan parti itu membentuk gabungan baharu dengan parti yang memiliki ideologi sama.

Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong berkata, pendirian itu dicapai sayap tersebut dalam perbincangan tertutup ketika Perhimpunan Agung Pemuda MCA, hari ini.

Loading...


“Pemuda mencadangkan pembubaran BN untuk MCA mencari rakan baru," katanya lapor Malaysiakini.
Nicole sempat menegaskan parti itu tidak perlu bekerjasama dengan parti yang mengamalkan ekstremisme.

Namun beliau tidak menjawab ketika ditanya sama ada MCA akan menerima Umno dan Pas sebagai rakan dalam gabungan baru itu.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, “masyarakat Cina boleh mengundi Pas.

"Anda boleh tanya mereka sama ada pernah mengundi Pas selepas dipujuk untuk berbuat demikian.


"Jadi ada ruang untuk kita berbincang (tentang rakan pada masa akan datang). Jangan ikat kita sekarang," katanya.

-sinar harian

No comments

Loading...