Header Ads

PAC puas hati Madinah beri banyak maklumat laporan audit 1MDB dipinda


Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) berpuas hati dengan prosiding keterangan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad arahan pengguguran perenggan berkaitan Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam penyediaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, prosiding keterangan yang disampaikan Madinah hari ini selari seperti dinyatakan dalam satu kenyataan akhbar beliau pada 25 November lalu.


Loading...
“Kita mendapatkan keterangan prosiding hari ini memuaskan hati PAC, banyak keterangan kita peroleh. Kita dapat banyak keterangan daripada Madinah dan pasukannya,” katanya dipetik Sinar Harian selepas mempengerusikan mesyuarat PAC, hari ini.

“Sesi mengambil keterangan daripada Madinah selesai dan tiada keperluan untuk memanggilnya semula tetapi esok kita akan pegawai Pengauditan Kertas Kerja dan Bukti Jabatan Audit Negara, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, pesara daripada skuad senior pejabat audit negara,” katanya.

Madinah yang ditemui selepas sesi prosiding ketika ditanya adakah beliau turut mengemukakan bukti arahan itu datangnya daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya telah bagi semua keterangan kepada PAC, bergantung kepada Pengerusi PAC untuk memaklumkannya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pada 25 November lalu, perenggan berkaitan kehadiran ahli perniagaan yang diburu Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB diarah digugurkan dalam penyediaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Menurut Madinah, perkara itu diarahkan bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26 Februari 2016 atas alasan mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang ketika itu.

Untuk rekod, Tan Sri Shukry Salleh baru-baru ini dipecat serta-merta dari kedudukannya sebagai pengerusi Bank Rakyat.

No comments

Loading...