Header Ads

Muhyiddin kembali berbahas di DUN Johor selepas 22 tahun



ISKANDAR PUTERI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini buat julung kalinya menyertai sesi perbahasan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas 22 tahun.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Pagoh itu kali terakhir terbabit dalam Persidangan DUN adalah ketika memegang jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 1986 hingga 1995.

Loading...

Kali terakhir kelibat beliau dilihat dalam DUN Johor adalah pada 28 Jun lalu ketika Istiadat Mengangkat Sumpah semua 56 ADUN di Johor, sebelum bercuti sakit selama sebulan.


Beliau yang dikesan menghidap ketumbuhan pankreas, selamat menjalani pembedahan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura dan dibenarkan keluar Ogos lalu.
Terdahulu Muhyiddin yang tiba di DUN Johor kira-kira jam 9 pagi dan memulakan hari kelima penggal persidangan pertama DUN Johor ke-14 dengan mengemukakan soalan pertama pada sesi soal jawab berkaitan Rumah Mampu Biaya di Johor.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu turut menyatakan rasa berbesar hati dapat kembali menyertai sesi perbahasan selepas 22 tahun meninggalkan DUN Johor.
-Berita harian

No comments

Loading...