Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, pemimpin UMNO tersebut datang berjumpanya bagi meminta nasihat beliau untuk mereka meninggalkan UMNO.
"Mereka hanya datang berjumpa saya dan beritahu yang mereka mahu meninggalkan UMNO. Mereka minta nasihat saya. Itu saja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan 20 Tahun Muzium Kesenian Islam di Yayasan Albukhary di sini hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar beberapa pemimpin tertinggi UMNO bertemu beliau yang menjadi viral sejak semalam.
Namun Mohamad semalam berkata, foto tersebut adalah foto lama dan beliau tidak akan lompat parti.
Selain Mohamad, turut berada dalam gambar tersebut adalah Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Shahidan Kassim. - Bernama