Header Ads

Menteri jawab Muhyiddin: Tiada harta, kalau isytihar maknanya 'bohong'


"Kalau saya isytihar (harta) biarpun kosong (tiada harta) bermakna saya berbohong."

Demikian komen Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihati ahli Parlimen Pakatan Harapan belum membuat pengisytiharan harta untuk segera berbuat demikian meskipun tidak mempunyai sebarang harta.

Loading...

Menurut Mohamaddin, sekiranya tindakan itu dilakukan akan menimbulkan persoalan, lapor Utusan Online lagi.

"Kalau saya tidak ada harta dan anda mahu saya isytihar,  orang yang tidak ada harta dipaksa isytihar, apa yang anda panggil (tindakan itu). Betul kah atau pun bohong?

"Kalau ada harta anda perlu isytihar.. kalau tidak ada harta anda kata yang tidak mempunyai (harta)," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar penemuan rangka manusia prasejarah, di sini hari ini.

Minggu lalu, Mohamaddin menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang aset untuk diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malah, dakwanya, beliau orang miskin yang tidak mempunyai aset lain selain pendapatan bulanannya sebagai seorang menteri.

No comments


Loading...