Header Ads

Malaysia dan Singapura seperti kembar - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan hubungan antara Malaysia dan Singapura seperti kembar.

"Malaysia dan Singapura adalah seperti saudara kembar, mungkin kembar yang tua sedikit adalah lebih besar daripada adiknya.


Loading...
"Seperti kebanyakan negara, perbezaan dan persaingan akan berlaku di antara kita. Bagaimanapun, ia akan membantu kami berkembang dengan lebih pesat," katanya menerusi catatan dalam laman Facebook beliau hari ini.

Mahathir juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong kerana menyambut beliau pada Sidang Kemuncak ASEAN bulan lepas.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan dalam satu kenyataan hari ini mendakwa bahawa Kapal-kapal Kerajaan Malaysia secara berterusan telah menceroboh Perairan Wilayah Singapura di luar Tuas dengan pencerobohan sebanyak 14 kali setakat ini.

Beliau juga berkata, Singapura telah memutuskan untuk memperluaskan Had Pelabuhan Singapura di Tuas melalui Pemberitahuan Maritim dan Penguasa Pelabuhan Singapura (Had Pelabuhan) (Pindaan) 2018. - Bernama

No comments

Loading...