Sehubungan itu menurut Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah, beliau ya­kin apa yang berlaku berada da­lam pengetahuan kepemimpinan setiap parti dalam pakatan.

Loading...


“Saya yakin mereka ada ke­bijaksanaan untuk menangani isu seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas me­lawat mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Karang di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh dilaporkan berkata, pe­nerimaan bekas pemimpin UMNO ke dalam PH ketika ini akan dilihat sebagai pengkhianatan kepada rakyat yang mahukan perubahan sebenar dan bukan sekadar bersifat kosmetik.

Katanya, isu berkenaan bukan bermakna sama ada pe­mimpin UMNO itu layak atau tidak untuk menjadi sebahagian daripada PH tetapi bagaimana tindakan lompat parti tersebut akan memberi kesan terhadap komitmen pakatan yang mahu membawa pembaharuan dan perubahan kepada negara.


Saifuddin yang juga Menteri Luar bagaimanapun enggan me­­ngulas lanjut tentang isu ber­kenaan dan menyerahkannya kepada pucuk kepe­mimpinan PH untuk membuat perbinca­ngan lanjut dalam Majlis Pre­siden.

-Utusan online