Header Ads

Lompat parti kerana mahu menguasai kerajaan PH?



KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Bersatu agar berjaga-jaga dengan ahli Umno yang melompat parti.

Menurutnya, ahli Umno yang menyertai Bersatu mempunyai agenda tertentu iaitu mahu menguasai parti kerajaan itu.

Loading...


Ahmad Zahid berkata, beliau menerima satu Whatsapp mengatakan ada dalam kalangan pemimpin Umno di Sabah yang melompat parti memberitahu masih belum cukup kekuatan, kerana itu perlu lompat parti beramai-ramai.

“Katanya, kita mahu ambil alih kepimpinan parti itu. Ertinya niat tidak betul. Jaga-jaga Bersatu, mereka masuk nak ambil alih tempat kami! Itu bukan saya kata, saya baca WhatsApp dan ini realiti," katanya ketika siaran langsung program Jom Dari Hati Ke Hati di PWTC, malam tadi.

Katanya, parti di Sabah juga enggan menerima pemimpin Umno ke dalam parti kerajaan kerana bimbang mereka sendiri akan tenggelam.

Menyentuh soal istilah pemimpin Umno lompat parti yang dilabel sampah, Ahmad Zahid berkata, beliau yakin perkara itu akan menjadi kenyataan.

"Mereka menggunakan alasan hilang kepercayaan kepada pimpinan. Sepatutnya dalam keadaan begini kita terjemahkan bersama langkah hala tuju parti bukan dengan cara meninggalkan gelanggang, menikam parti dari belakang.


"Tapi saya yakin apa yang disebut parti-parti dalam PH bahawa mereka (pemimpin lompat parti) akan jadi sampah insya-ALLAH dengan doa 3.5 juta ahli Umno, akhirnya mereka akan jadi sampah. Ini bukan saya kata, saya hanya sebut semula apa yang dikatakan," katanya.

Beliau turut yakin kerja keras ahli Umno bakal mengembalikan parti itu ke tampuk pemerintahan negara pada PRU15 nanti.

-sinar harian

No comments