Khalid: Apa salahnya? Pelabur Qatar minat jayakan projek kereta ketiga
Tun Dr Mahathir Mohamad ingin membangunkan projek kereta
yang baru selepas Proton dan Perodua.
IPOH — Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul
Samad hari ini mendedahkan, terdapat individu dari Qatar yang mahu melabur di
dalam projek kereta nasional ketiga cetusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Tanpa memberikan butiran secara terperinci, Khalid berkata
individu berkenaan menyatakan hasrat untuk melabur sebanyak US$400 bilion
(RM1.6 trilion) di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Loading...
Bagi Malaysia, individu berkenaan ingin melabur dalam projek
kereta nasional ketiga.
“Tun Dr Mahathir berjumpa dengan Syeikh Qatari dari Qatar
yang hendak melabur US$400 bilion di seluruh dunia dengan sebahagiannya di
Malaysia...
“Tun Dr Mahathir memberitahu, kamu ada duit, kami ada
kepakaran. Dalam kabinet kita sudah letakkan syarat, nak buat kereta ketiga,
jangan guna duit kerajaan, kerajaan tak ada duit.
“Tetapi kalau private initiative (inisiatif swasta), apa
salahnya Qatar nak buka kilang buat kereta di Malaysia guna kepakaran Malaysia,
duit daripada dia (individu Qatar), takkan kita nak bantah kalau dia boleh
buat, apa salahnya, lagi banyak pekerjaan (akan diwujudkan), kita pun ada
pengalaman,” katanya.
Abdul Khalid, yang juga pengarah komunikasi Amanah, berkata
demikian pada ucapan penangguhan dan penggulungan pimpinan nasional pada
konvensyen nasional Amanah 2018 di sini hari ini. — Bernama
Loading...
Post a Comment