Header Ads

Kerajaan perlu segera gubal akta lompat parti



KOTA BHARU -  Pas berpandangan sudah tiba masanya kerajaan menggubal akta menyekat daripada berlakunya budaya lompat parti di negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, budaya tersebut perlu dikekang daripada wujud dan berleluasa di negara ini bagi memastikan politik terus dihormati, bukan dijadikan bahan permainan mana-mana pihak.

Loading...


“Kita pernah hilang kerajaan sebelum ini di Kelantan, Terengganu dan Perak dan Pas kemukakan satu cadangan supaya kerajaan meminda mewujudkan akta melarang tindakan  lompat parti. Mana-mana wakil rakyat yang lompat parti akan hilang jawatan dan perlu kosongkan kerusi dan beri mandat kepada rakyat untuk memilih.


“Selagi akta ini tiada, maka wakil rakyat bebas. Kepada parti mana mereka hendak lompat, dan Pas buka ruang untuk sertai kita. (Tetapi) Kita tidak galakkan lompat, tapi sebab akta tiada, jadi kita buka ruang untuk mereka menyertai kita,” katanya kepada media di sini, hari ini.

-sinar harian

No comments