Header Ads

Keluarkan kenyataan berunsur provokasi, Azwanddin akan disiasat



KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat kenyataan berunsur provokasi yang dikeluarkan Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah, ketika berucap pada Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P Waytha Moorthy, di Klang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata Azwanddin akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Loading...

“Ya (polis akan siasat). Presiden JMM akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ringkas pada NSTP, hari ini.
Semalam, Azwanddin, ketika berucap, mengeluarkan kenyataan akan menyerang Balai Polis Klang jika pihak yang menyebabkan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim tidak ditangkap.
“Saya hendak ditahan, waran tangkap dikeluarkan untuk saya kerana saya berhimpun di Putrajaya. Saya tidak bunuh orang. Saya tak culik orang pun. Yang saya buat, yang saya bangkit kerana Melayu dan Islam. Apa itu sebab saya ditahan, ditangkap?

“Saya memberi amaran kepada mereka, tangkap pemaju, tangkap peguam. Jika tidak kita akan serang Balai Polis Klang tuan-tuan, puan-puan,” katanya. 
-Berita harian

No comments