Header Ads

Kapal Singapura ceroboh Malaysia dulu


Malaysia mengesyorkan kedua-dua negara berhenti menghantar kapal pertahanan ke kawasan yang menjadi pertikaian sehinggalah suatu perbincangan diadakan mengenai isu-isu sempadan kelautan.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata telah menyampaikan perkara ini kepada republik itu melalui Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.


Loading...

Beliau berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengemukakan draf agenda untuk mesyuarat itu ketika bertemu dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Singapura bulan lepas.

Beliau berkata Malaysia juga telah menyuarakan bantahan terhadap keputusan Singapura untuk memperluaskan sempadan pelabuhan di luar kawasan Tuas.

Saifuddin berkata, Pekeliling Marin Pelabuhan Singapura No 9, bertarikh 6 Disember, lalu merupakan pembesaran sempadan pelabuhan yang dibuat secara sepihak serta menceroboh sempadan pelabuhan Johor Bahru yang ditunjukkan di bawah Gazette PU (B) 587 2018, bertarikh 25 Oktober.



“Ia pelanggaran yang jelas terhadap kedaulatan Malaysia dan undang-undang antarabangsa. Kerajaan Malaysia menggesa kerajaan Singapura untuk menarik kembali Pekeliling Pelabuhan Marin No 9,” katanya.

Kenyataan Saifuddin hanya beberapa jam selepas Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen “memberi amaran keras” terhadap kapal-kapal Malaysia yang “menceroboh” perairan Singapura.

Ng juga mengepilkan hantaran klip video yang tidak bertarikh yang memaparkan kapal polis pengawal pantai (PCG) Singapura yang memberi amaran kepada sebuah kapal Jabatan Laut Malaysia.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan dalam satu kenyataan mendakwa kapal kerajaan Malaysia secara berterusan menceroboh perairan wilayahnya di Tuas dengan 14 kali pencerobohan setakat ini.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna twitter, Matthäus Hetzenauer yang telah berkongsi video yang didakwanya sebagai tindakan agresif daripada Pasukan Pengawal Pantai Singapura ketika menghampiri salah sebuah bot dipercayai milik agensi kesemalatan negara.

Menurutnya, tindakan penguatkuasa negara republik itu kerana mendakwa bot dipercayai milik agensi keselamatan Malaysia itu telah menceroboh wilayah negara itu.

Katanya lagi, bot milik agensi Singapura itu juga dikendalikan dengan bahaya sehingga menyebabkan berlaku percikan air kepada penumpang bot milik negara ini.

Dakwa Matthäus Hetzenauer, tindakan yang diambil oleh bot agensi keselamatan Singapura itu sebagai kurang ajar.

Apa-apa pun diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik kerana kedua-dua buah negara ini sudah hidup berjiran dalam keadaan aman damai untuk tempoh yang lama.


Sumber Siakap-Keli: Matthäus Hetzenauer

No comments

Loading...