Header Ads

'Kami sokong suparadi'



KOTA BHARU - PKR Kota Bharu dan Pengkalan Chepa menyatakan sokongan terhadap Pengerusi PKR Kelantan, Datuk Mohamad Suparadi Md Nor.

Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hassan berkata, ia berdasarkan pengiktirafan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) lalu.

Loading...


Menurutnya, ketika pemilihan itu, Mohamad Suparadi mendapat lapan undian daripada 14 ketua cabang seluruh Kelantan dan meletakkan beliau sebagai pengerusi baharu bagi sesi 2018 hingga 2021.

"Kami sokong Suparadi atas kapasiti presiden sebagai pemimpin PKR dan jika ada yang buat undi tidak percaya, mereka umpama derhaka pada Anwar.

"Suparadi masuk PKR sebelum PRU14 lagi malah beliau turun padang sebagai Pemimpin PH bagi memenangkan calon masa pilihan raya," katanya.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Pengkalan Chepa, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain berkata, tidak adil sekiranya ahli dan pemimpin menilai kesilapan dan sejarah seseorang pemimpin.


Katanya,  penglibatan Suparadi dalam politik wang dan Umno merupakan kisah lama dan berlaku sebelum beliau menyertai PKR.

-sinar harian

No comments


Loading...