Header Ads

Isytihar SPRM? Wang dulu habis bela kaum India, kata Waytha

P Waytha Moorthy — Foto oleh Firdaus Latif

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy hari ini berkata beliau tidak mempunyai harta untuk diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Loading...
Menurutnya sebagai aktivis, semua pendapatannya sebagai seorang peguam sebelum ini telah diguna untuk memperjuangkan nasib masyarakat India sehinggakan beliau tidak dapat menyimpan wang untuk mengumpulkan harta.

“Jadi dalam 15 tahun ini, (harta) orang biasa ada la, saya dulu peguam tapi semua pendapatan saya yang lama punya saya sudah dibelanjakan,” katanya di lobi Parlimen hari.

Beliau mengulas mengenai tindakannya tidak membuat pengisytiharan pendapatan sebagai menteri kepada SPRM seperti yang tercatat dalam Portal Pengisytiharan Harta (https://mydeclaration.sprm.gov.my). — Bernama

No comments