Header Ads

Isu kuil: Polis cari 38 lagi individu bantu siasatan

Bernama

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan 38 lagi individu untuk membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 26 Nov lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd turut memohon kesemua saksi berkenaan tampil memberi kerjasama berhubung kes tersebut.​​​

Loading...
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu itu, diminta menghubungi Ketua Bahagian JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya DSP G. Shan Gopal di talian 019-2714387 dan ASP Siasatan Perundangan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ASP S Neeraj Durai di talian 016-3565622.
Orang ramai juga boleh menghubungi Inspektor Siasatan Databank DNA JSJ IPK Selangor Inspektor Norsiah Hussin di talian 012-7989973 atau mana-mana balai polis berhampiran, katanya dalam satu kenyataan semalam.

“Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai bagi membantu siasatan PDRM,” katanya.
Pada 3 Dis lepas, polis dilaporkan sedang mengesan 28 saksi untuk membantu siasatan bagi kes yang sama.
Bernama hari ini melaporkan polis menahan 16 lagi individu untuk membantu siasatan kes rusuhan di kuil berkenaan, menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 99 orang setakat 9 pagi semalam.
-- Bernama

No comments

Loading...