Berdasarkan laman web rasmi BSH, penerima kad debit diskaun siswa bagi sesi 2017 dan 2018 juga tidak layak untuk memohon bantuan tersebut.

Loading...


Di samping itu, ibu bapa yang tidak mempunyai tanggungan juga tidak layak menerima bantuan yang bakal diagihkan mulai 28 Januari tahun depan.

Selain itu, mereka yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara Malaysia antara yang tidak layak menerima bantuan RM300 itu.

Golongan yang layak hanya mereka yang berkahwin (pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia), ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan atau warga emas sebatang kara.

Jelas laman web tersebut, pemohon yang tidak layak menerima pembayaran fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baharu sekiranya memenuhi syarat.

Pada 26 Disember lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan menggunakan pangkalan data dan kaedah lama bagi membolehkan bayaran dibuat segera sebelum Februari 2019, walaupun berkemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak.

Katanya, proses pemutihan bagi mengeluarkan nama penerima tidak layak yang bukan daripada golongan B40 memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan.



Jelas beliau, setelah pangkalan data dikemaskini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Bajet 2019. - UTUSAN ONLINE