Header Ads

FGV memulakan tindakan undang-undang terhadap Isa Samad, CEO


FGV Holdings Bhd telah memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas Pengerusi, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, menuntut lebih RM7.69 juta dalam bentuk ganti rugi.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata saman berkenaan terutamanya berhubung pengambilalihan oleh FGV terhadap dua unit kondominium mewah yang terletak di Troika di 19, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur dengan harga yang jauh melebihi harga pasaran, lapor BH Online.


Loading...
FGV mendakwa, bahawa pemerolehan itu juga dibuat tanpa usaha kewajaran yang sepatutnya dan kegunaan dan pemilikan unit Troika yang salah dan/atau tanpa kebenaran oleh kedua-dua defendan.

Saman itu juga berkaitan dengan pengambilalihan oleh syarikat terhadap beberapa kereta dan penyalahgunaannya oleh Mohd Emir, serta penyalahgunaan faedah petrol.

"Syarikat mengambil tindakan ini untuk kerugian yang dialami akibat kegagalan mereka melaksanakan tanggungjawab fidusiari masing-masing, tanggung jawap fideliti dan/atau tanggung jawab untuk melaksanakan amanah sepatutnya, skil dan ketekunan,” katanya.

FGV berkata, ia menuntut ganti rugi terhadap defendan termasuk RM4.54 juta untuk jumlah pengambilalihan, penggunaan dan pemilikan unit Troika, RM3.14 juta berhubung perkongsian kereta dan RM10.84 juta bagi faedah petrol terhadap Mohd Emir.

Di samping itu, syarikat itu juga berusaha mendapatkan faedah pada kadar lima peratus setahun terhadap ganti rugi yang diberikan mulai dari tarikh pemfailan saman itu sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad.

No comments

Loading...