Dr. Mahathir berkata, beliau kagum dengan jumlah kehadiran yang ramai yang tentu menunjukkan bahawa rakyat Sarawak ingin Bersatu melebarkan sayapnya ke negeri ini.

Loading...

Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), di Dewan Suarah Bintulu turut mencipta sejarah baharu di mana parti disertai Perdana Menteri, buat pertama kali bertapak di Sarawak.



Sebelum tumbangnya UMNO/ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu, parti UMNO yang mendominasi kerusi Perdana Menteri sejak enam dekad, tidak ‘dibenarkan’ masuk di Bumi Kenyalang.


Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU, terus memecahkan tradisi apabila melancarkan penubuhan BERSATU, parti yang diasaskannya, masuk ke Sarawak, sekali gus melengkapkan kehadiran semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) selepas PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).