Header Ads

Arul Kanda ditangkap SPRM


Arul Kanda Kandasamy ditahan sejurus beliau tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada 9.45 pagi ini.

Bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hadir dipercayai bagi membantu siasatan dakwaan pindaan laporan akhir audit firma itu pada Februari 2016, lapor Projek MM hari ini.

Loading...

“Kami boleh mengesahkan bahawa Arul Kanda telah ditahan oleh SPRM,” kata peguamnya Datuk N Sivananthan kepada media di luar bangunan SPRM di sini.

“Mereka akan mendakwa beliau bersama Datuk Seri Najib Razak pagi esok,” katanya lagi yang mengesahkan anak guamnya ditaham jam 10.35 pagi.

Sivanathan berkata anak guamnya tidak dibenarkan jaminan hari ini dan SPRM akan menahannya seharian sebelum mengheretnya ke kompleks mahkamah di Kuala Lumpur.

Setahunya, Arul Kanda akan dituduh dengan satu pertuduhan bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan meminda laporan audit 1MDB.

No comments