Menurut dokumen diedarkan di Dewan Rakyat seperti disiarkan dalam portal Free Malaysia Today, antara tugas awal Anwar adalah untuk mengkaji semula projek kontroversi, kilang nadir bumi Lynas di Pahang.

Loading...


Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula dilantik sebagai timbalan dalam jawatankuasa tersebut.

Turut berada dalam jawatankuasa berkenaan ialah Datuk Seri Mustapa Mohamed dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohamed Hanipa Maidin (Amanah), Ma’mun Sulaiman (Warisan) selain Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dari UMNO.

Pas diwakili oleh Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS) diwakili oleh Datuk Seri DR. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Jawatankuasa tersebut adalah satu daripada tujuh jawatankuasa baharu yang ditubuhkan untuk pembaharuan Parlimen bagi melakukan semak dan imbang kepada kerajaan. - UTUSAN ONLINE