Header Ads

Ambrin tiba di SPRM untuk dirakam keterangan



PUTRAJAYA: Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 2 petang tadi dipercayai untuk dirakam keterangan berhubung siasatan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau tiba di SPRM dengan menaiki Proton Perdana hitam.

Loading...

Terdahulu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad tiba di SPRM kira-kira jam 10.25 pagi tadi untuk dirakam keterangan berhubung kes yang sama.


Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB menerusi pengguguran beberapa perenggan.
Antara pengguguran maklumat itu termasuklah membabitkan kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.
Menurut Madinah, antara individu yang turut terbabit dalam pindaan itu termasuklah bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Salleh; bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Kumpulan 1MDB, Arul Kanda.

Turut terbabit adalah wakil Jabatan Peguam Negara, wakil Kementerian Kewangan, bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada KSN dan bekas Pengarah Audit. 
-Berita Harian

No comments

Loading...