Header Ads

Ahli parlimen Tanah Merah umum keluar Umno


Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah sekaigus keluar dari parti itu.

Loading...

Ikmal mengumumkan perkara tersebut dalam satu mesyuarat khas UMNO Bahagian Tanah Merah pada Jumaat pagi.


Memetik laporan Astro Awani, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Mohd. Almidi Jaafar dipilih untuk memangku jawatan yang dikosongkan oleh Ikmal itu.
Ikmal merupakan antara nama yang disebut-sebut bakal menyertai Bersatu selepas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar UMNO September lepas.

No comments


Loading...