Header Ads

Adul merangkak 3km untuk ke sekolah

Adul merangkak menggunakan kedua tangan dan kaki ke sekolah sejauh 3 kilometer. - Foto Caters News Agency


JAWA BARAT - INDONESIA. Merangkak menggunakan kedua tangan dan kakinya bukanlah halangan buat seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) mengharungi perjalanan sejauh 3 kilometer (km) untuk menuntut ilmu.

Memiliki jiwa yang kental, Mukhlis Abdul Kholik, 8, tinggal di daerah kota Sukabumi di provinsi Jawa Barat, Indonesia.

Loading...


Lebih mesra dipanggil Adul, anak pasangan Pasutri Dadan, 50 dan Pipin, 45, dilahirkan dengan cacat fizikal pada kaki hingga perlu bergantung kepada kedua tangannya untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Dia terpaksa merangkak setiap hari sejauh 3 kilometer dengan permukaan tidak rata seperti berbukit, melalui kawasan berbatu dan beberapa anak tangga sebelum tiba di sekolah.

Menerusi video di portal Dailymail, sebelum memulakan perjalanan, Adul perlu memakai kasut di kedua kakinya manakala tangan disarung selipar bagi memudahkan dia bergerak.

Ditemani rakannya dan ibunya ketika ke sekolah, Adul tidak sekali pun mengeluh keletihan sebaliknya gigih bersemangat untuk bertemu guru-guru serta rakan sekolahnya.


Guru juga memberitahu, Adul adalah murid yang paling bermotivasi untuk menuntut ilmu dan bersaing dengan rakan sekelasnya termasuk melakukan aktiviti bersama.

Pengetua sekolah, Epi Mulyadi, berkata, Adul sangat aktif meskipun terbatas dari segi fizikal. - Dailymail

No comments

Loading...