Header Ads

Ada yang cuba gugat hubungan baik antara saya dan Tun M - Anwar



KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada pihak tertentu cuba menimbulkan prasangka dan melaga-lagakan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan tindakan beberapa ahli Parlimen parti meninggalkan UMNO, baru-baru ini.
Malah, Anwar menyifatkan perbuatan itu sebagai usaha merenggangkan hubungannya dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Loading...

"Ada yang cuba menimbulkan syak wasangka antara saya dan Dr Mahathir, dengan matlamat mahu menggugat keharmonian hubungan baik kami.
"Saya akan terus menyokong usaha dan kepemimpinan Dr Mahathir. Saya komited untuk terus bekerja rapat bersama beliau bagi menjayakan agenda reformasi yang dipersetujui bersama.
"Pakatan Harapan (PH) sudah diberi mandat untuk memacu perubahan ke arah pentadbiran kerajaan yang menentang rasuah dan sentimen perkauman sempit," katanya dalam kenyataan media menerusi akaun Twitter rasminya, malam ini.

Anwar berkata, tumpuan kini terarah terhadap usaha membangunkan ekonomi dan meringankan beban rakyat, terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.
-Berita harian

No comments


Loading...