Header Ads

1MDB: Lima individu diburu polis



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memburu lima individu atas pelbagai kesalahan jenayah melibatkan transaksi kewangan dan urusniaga yang dijalankan oleh syarikat 1MDB.

Kesemua yang sedang dikesan ialah ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, Tan Kim Loong (Eric), Pengarah Pembangunan Perniagaan, Tang Keng Chee (Casey), Peguam Am 1MDB, Loo Ai Swan (Jasmine) dan Pengarah Eksekutif Kewangan 1MDB, Geh Chong Heng (Terence).

Loading...


Ketua  Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, hasil siasatan polis telah dikemukakan dan ditaklimat kepada peguam negara kelmarin.

Menurutnya, berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan dan setelah meneliti keterangan kes, keputusan telah dibuat Peguam Negara agar polis memfailkan pertuduhan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (akta 613).

"Jumlah pertuduhan yang dihadapi lima individu ini sebanyak 13 pertuduhan melibatkan kerugian berjumlah yang RM4.2 bilion.

"Pertuduhan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada semalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Fuzi berkata, waran tangkap telah diperoleh dan usaha menangkap kesemua mereka sedang dijalankan.

Katanya, PDRM juga mendapatkan kerjasama dari pihak berkuasa luar negara dan  Polis Antarabangsa (Interpol) jika mereka berada di luar negara.


"Jika mereka berada di luar negara, kami melalui Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan untuk memohon ekstradisi bagi membolehkan mereka dibawa balik ke Malaysia untuk pertuduhan di mahkamah," katanya

-sinar harian

No comments

Loading...