Header Ads

Zahid dedah Tun Mahathir tak mahu terima ahli Parlimen Umno


Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengenal pasti 12 ahli Parlimen Umno yang tidak diterima dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dakwa Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Loading...
Zahid Hamidi mendakwa presiden Bersatu menjemput beliau untuk membelakangkan dan membubarkan Umno, tetapi tidak semua ahli Parlimen daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) akan menerimanya.

“Beliau berkata anggota Parlimen boleh melompat parti, tetapi mereka tidak akan terimanya,” katanya dipetik The Malaysian Insight dalam pertemuan bersama anggota majlis tertinggi Umno dan ahli jawatankuasa parti bahagian Pahang pada Sabtu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ahli Parlimen Umno seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad Zahid, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tidak akan dipertimbangkan untuk keanggotaan Bersatu.

Zahid juga mengatakan bahawa Mukhriz telah menolak lapan nama Ahli Parlimen Umno tetapi tidak mahu menyatakan siapa individu terbabit.

No comments