Header Ads

Waytha: Kuil tidak dirobohkan hingga ada penyelesaian

Foto oleh Firdaus Latif

SUBANG JAYA — Kuil Sri Maha Mariamman dekat USJ 25 di sini, yang menjadi tumpuan ekoran insiden kekecohan sejak awal pagi Isnin, tidak akan dirobohkan sehingga satu penyelesaian dicapai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.

Katanya, satu perbincangan telah diadakan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi ini dan beliau (Dr Mahathir) telah menyatakan kebimbangan mengenai insiden kekecohan itu.


Loading...

“Perdana Menteri juga telah menyatakan kepada saya yang beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada sidang media selepas melakukan lawatan dan berjumpa dengan komuniti kuil berkenaan.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan anggota Exco Selangor, V. Ganabatirau.



Waytha Moorthy, yang menjaga portfolio perpaduan nasional, turut memberi jaminan bahawa keluhan pelbagai pihak mengenai penempatan semula lokasi kuil didakwa berusia 147 tahun itu akan dibawa lagi kepada perhatian Dr Mahathir.

Waytha Moorthy berkata beliau juga akan berbincang dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, untuk mencari penyelesaian isu perpindaan kuil itu.

Kejadian yang bermula awal pagi Isnin dan awal pagi ini melibatkan pergaduhan dua kumpulan dan terdapat perusuh yang membakar 23 kenderaan serta merosakkan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta mencederakan seorang anggota bomba.

Ekoran kejadian itu, polis dilaporkan telah menahan 21 individu bagi membantu siasatan insiden tersebut. — Bernama

No comments

Loading...