Header Ads

Wartawan hairan Dr Mahathir hadir mesyuarat tapi Duterte tidur

Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad, Perdana Menteri China Li Keqiang, Presiden Russia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bergambar sebelum permulaan sidang kemuncak Asia Timur ke-13 di luar Persatuan Negara-negara Asia Tenggara Ke-33 ASEAN) di Singapura. – Foto AFP
SINGAPURA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, terlepas menghadiri beberapa mesyuarat sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN di sini kerana dilaporkan “melelapkan mata seketika”.

Loading...
Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakui tidak mengetahui bagaimana beliau berupaya menghadiri mesyuarat dijadualkan dalam keadaan sudah mencecah usia 93 tahun.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai menjawab soalan seorang wartawan yang bertanya bagaimana beliau dapat menghadiri mesyuarat pada ketika Duterte terlepas kerana “melelapkan mata”.

“Bagaimana anda menjelaskan dan melakukannya?” soal wartawan terbabit.
Dr Mahathir kemudian menjawab: “Saya tidak tahu bagaimana saya melakukannya tetapi saya selalu menghadiri mesyuarat. Itu tugas saya. Kalau boleh, saya hadiri. Kalau saya tak sihat, saya tak hadir.”
Jurucakap Duterte mengakui Presiden Filipina itu terlepas empat mesyuarat semalam kerana “melelapkan mata.”
Duterte dan beberapa pemimpin dunia yang lain berada di Singapura bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.
Bagaimanapun, Duterte, 73, mempertahankan keadaannya dengan berkata: “Apa salahnya saya tidur?”
Duterte pernah beberapa kali terlepas menghadiri sidang kemuncak antarabangsa, termasuk di Filipina. – NSTP

No comments

Loading...