Header Ads

[Video] Najib mengaku mungkin ditipu Jho Low, skandal 1MDB

Jika sebelum ini bekas menteri dan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengaku semua ditipu dalam skandal 1MDB kini giliran Najib pula mengakui ditipu Jho Low. – Foto Sinar Harian LIVE

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau ditipu oleh Low Taek Jho atau Jho Low dalan skandal 1MDB yang kini menjadi buruan polis Malaysia dan Interpol.

Bekas Perdana Menteri Najib Razak semasa wawancara secara eksklusif oleh Sinar Harian ditanya oleh penasihat editorial Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali, jika beliau mengakui bahawa dirinya telah ditipu oleh Low.


Loading...
“Ya, kalau begitu, memang kita (sudah ditipu), itulah kesimpulan kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari ini, itu sebenarnya,” kata bekas Perdana Menteri itu.

“Dia (Jho Low) jelas telah gagal (dalam) tanggungjawabnya. Kalau dia [Jho Low] buat kesalahan dan pecah amanah, itu bertentangan dengan undang-undang, jadi tindakan perlu diambil terhadap beliau.

“Sebelum isu 1MDB, Jho Low ada hubungan yang rapat dengan negara Timur Tengah terutama Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan lain-lain. Dia berjaya bawa pelaburan.

“Saya melihat dia dari sudut itu kalau kita boleh gunakan hubungan baik beliau untuk tingkatkan ekonomi. Tapi saya tak tahu hubungan peribadinya, saya tak terlibat dan tak tahu langsung apa dilakukan (di luar).

“Apa dia lakukan, dikatakan dia ada yatch (kapal layar Equanimity) besar, kapal terbang, saya tak tahu, hubungan saya dengan dia adalah hubungan profesional,” kata Najib.

Pada 20 September lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dan 4 pertuduhan salah guna kedudukan sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.
Untuk rekod, semasa di parlimen semalam Najib cuba memberi alasan wang GST RM19 bilion tidak hilang tetapi Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan bahawa ianya tiada di dalam akaun kementerian.

Najib juga memberi penjelasan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19 bilion tidak dilakukan kerajaan BN terkejut tuntutan bayaran balik yang tinggi [masih disiasat] sedangkan pada kadar biasa hanya RM8 bilion setahun dan oleh sebab itu ianya tidak dibayar dan tuntutan tinggi juga disebabkan pemansuhan GST dan pelaksanaan SST oleh kerajaan PH.

Guan Eng menolak alasan yang diberi Najib dan menuduhnya sebagai masih dalam ‘denial syndrome’ – sedangkan wang GST RM19 bilion yang hilang itu berlaku sebelum PH menjadi kerajaan dan memansuhkan GST. – Majalah Review Malaysia

No comments