Header Ads

Tun Mahathir tegur penjawat awam yang tidak terima prinsip demokrasi


KOTA BHARU - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegur penjawat awam yang tidak menerima prinsip demokrasi sekali gus enggan menerima kepimpinan baharu kerajaan.

Mahathir berkata, sikap sedemikian  sama sekali tidak wajar kerana boleh menyebabkan negara menjadi mundur berikutan keengganan menerima prinsip berkenaan.


Loading...
"Kita memahami kerana sudah 13 kali berlaku pilihan raya umum dan setiap kali (pilihan raya diadakan) kerajaan di peringkat Persekutuan itu tidak bertukar dan kali ini apabila bertukarnya kerajaan, sudah tentu ada yang sukar menerima kepimpinan baharu itu.

"Ini disebabkan kerajaan terdahulu telah menanam sikap terhadap mereka termasuk menggunakan jentera kerajaan bekerja untuk parti dan pemimpin tertentu yang bukannya untuk bekerja membangunkan negara dan menerapkan nilai demokrasi yang tinggi," katanya ketika berucap pada Majlis Sehari Bersama Perdana Menteri Dengan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan/Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila telah lama ditanamkan sikap sedemikian, penjawat awam berkenaan bukan lagi berkhidmat untuk kerajaan, sebaliknya untuk parti. - Bernama

No comments

Loading...