Header Ads

Tun Daim tak layan pujukan Jho Low


Watak penting yang menjadi tumpuan ramai dalam skandal 1MDB, Jho Low, dilaporkan tetap gigih cuba mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Malaysia.
Menurut Daim isu yang cuba dirundingkan oleh Jho Low ialah mengenai kesanggupan kerajaan memberikan perlindungan (imuniti) kepadanya.

Loading...

Bagaimanapun Daim yang juga pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan tidak berminat memenuhi permintaan Jho Low.
"Saya test (uji) dia, ada bagi dua syarat (iaitu) saya mau dia bagi nama (orang yang terlibat dalam skandal 1MBD), dan suruh dia balik.

"Dia diam. Saya kata kalau kamu tak boleh beri apa yang saya mahu, mengapa saya perlu bercakap dengan kamu?" katanya.
Hal itu didedahkan Tun Daim Zainuddin dalam satu wawancara eksklusif bersama Astro Awani.
Petikan wawancara itu dimuat naik di Internet malam tadi.
Jho Low ialah ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang yang dikehendaki banyak pihak berkuasa yang menjalankan siasatan skandal 1MDB.
Dikenali dengan gaya hidup berprofil tinggi dan berkawan dengan selebriti kategori atasan Hollywood, Jho Low, 37, dipercayai dapat merungkai banyak tanda tanya berhubung operasi syarikat pelaburan milik kerajaan yang diilhamkan Datuk Seri Najib Razak itu.
Kata Daim, kali terakhir Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - menghubungi beliau ialah pada minggu lalu.
Daim berkata Jho Low masih cuba mempengaruhi beliau dan meminta agar dipertemukan dengan beberapa orang dalam kerajaan.
"Dia masih cuba, minta macam-macam.
"Mahu jumpa PM (perdana menteri), mahu jumpa saya, mahu jumpa orang itu dan orang ini," katanya. - Malaysiakini

No comments

Loading...