Header Ads

Tok Pa tidak gembira dengan Najib, tapi takut - Dr M


Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed beberapa kali bertemunya semasa masih menjadi menteri.

Menurutnya, Mustapa menyatakan rasa tidak gembira dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Semasa dalam Kabinet Najib, beliau banyak kali bertemu saya. Dia tak gembira tapi dia takut.


Loading...
“Banyak orang takut pada Najib, saya pun takut juga (seloroh),” katanya dalam sidang media Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, petang tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan berhubung keputusan Bersatu menerima Mustapa walaupun beliau sebelum ini berkhidmat dengan Kabinet dipimpin Najib.

Menurut laporan Sinar Harian lagi, Mustapa yang juga bekas Pengerusi Umno Kelantan menyertai Bersatu Jumaat lepas selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi parti itu, Dr Mahathir.

Beliau yang juga bekas Menteri  Perdagangan Antarabangsa dan Industri membuat keputusan berkenaan selepas lebih sebulan mengumumkan menjadi ahli Parlimen Bebas apabila meninggalkan Umno.

Menurutnya, keputusan memilih wadah perjuangan politik baru itu diambil kerana beliau percaya ia memberi peluang buat dirinya memainkan peranan lebih berkesan sebagai wakil rakyat.

“Setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas selama beberapa minggu dan meneliti perkembangan politik semasa, saya telah mengambil keputusan untuk menyertai Bersatu.

“Saya percaya ia akan memberi peluang untuk saya memainkan peranan yang lebih berkesan bagi membela kepentingan pengundi saya di Jeli dan rakyat Kelantan secara keseluruhannya,” katanya.

No comments

Loading...