Header Ads

Tok Mat hilang kerusi Rantau, mahkamah arahkan PRK serta merta


SEREMBAN - Mahkamah Pilihan Raya Seremban hari ini memutuskan kemenangan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan pada PRU14 bagi kerusi Dun Rantau adalah terbatal dan tidak sah.

Loading...

Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam pempetisyen, Dr S Streram dan responden Mohamad dalam perbicaraan  yang berlangsung selama 12 hari melibatkan 19 saksi perbicaraan.


Memetik portal Sinar Harian hari ini, Azimah dalam penghakimannya berkata, tidak wujud sebarang undang-undang pilihanraya yang menyatakan tag atau pas masuk diperlukan oleh calon, pencadang dan penyokong untuk mengemukakan borang pencalonan.

“Ini diakui peguam responden kedua dan ketiga dalam hujahan bertulisnya, namun masih cuba menegakkan benang yang basah.

"Sebagai institusi bebas sewajarnya melaksana segala tugas diberikan bawah undang-undang pilihan raya bagi memastikan proses berjalan dengan bebas, adil dan telus.

"Dengan jawapan negatif itu, tindakan menghalang adalah satu tindakan dan perlakuan diluar undang-undang dan peraturan pilihan raya. Tindakan sedmikian tidak munasabah dan melanggar tugas pengendalian pilihan raya," katanya.

Sehubungan itu katanya, mahkamah memerintahkan satu pilihanraya kecil untuk kawasan Dun Rantau diadakan serta merta.

No comments

Loading...