Header Ads

Tidak perlu terburu-buru lantik: Anwar



KUALA LUMPUR - "Jawatan lantikan dalam PKR akan diputuskan sebelum tahun depan", kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau akan mendengar pandangan pelbagai pihak dalam parti terlebih dahulu.

Loading...


"Saya dah berbincang, benda ini tak perlu disegerakan.

"Dalam proses perundingan tak perlu terburu-buru. Kita dengar semua pandangan," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dilaporkan berkata, mengikut perlembagaan parti, presiden diberi kuasa melantik dua naib presiden, lima anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), seorang setiausaha agung, seorang bendahari, seorang ketua penerangan dan 14 pengerusi negeri.

Sementara itu, ditanya mengenai cadangan Bersatu untuk membangkitkan isu politik wang dalam pemilihan PKR di mesyuarat Majlis Presiden PH, Anwar berkata, pihaknya tiada masalah.


"Semua parti harus teliti, termasuk yang bercakap (Bersatu). Politik wang ini kita harus lawan, saya buat kenyataan cukup tegas.

"Tapi kalau nak tuju satu parti itu tak betul. Kalau kita nak bersihkan politik wang ini kita harus teliti semua," katanya.

-sinar harian

No comments

Loading...