Header Ads

Tiada keputusan untuk terima ahli Parlimen BN secara berkumpulan, automatik


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, belum ada lagi keputusan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menerima ahli Parlimen (MP) dari Barisan Nasional (BN) secara beramai-ramai dan automatik.


Loading...

Bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Mahathir yang juga pengerusi PH berkata, PH akan melihat kualiti orang yang hendak menyertainya.



"Ahli (BN) yang cuma nak jadi wakil rakyat dan tidak ada tindakan apa kita akan consider (pertimbang). Tidak akan masuk secara automatik," katanya.

"Jika MP dari BN tinggalkan parti itu dan menjadi bebas dan menyokong kerajaan dan merayu  dengan berlutut yang mereka hendak menyertai PH, barulah PH mungkin mempertimbangkannya," tambah beliau.

Menurut beliau, ada MP BN yang nyatakan sendiri untuk masuk PH dan antaranya hendak masuk seperti dalam satu kumpulan. - Bernama

No comments

Loading...