Header Ads

Tak lupa kelakuan Ali Tinju, punca Bersatu tolak keahlian


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak permohonan veteran tentera Mohd Ali Baharom  yang menyerahkan borang keahlian semalam.

Setiausaha agung PPBM berkata kelakuan lelaki, dikenali Ali Tinju, terhadap pemimpin utama PPBM termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca penolakan.


Loading...
“Bukan kemungkinan lagi. Kita [memang] akan menolak permohonan dia. Saya tak pernah jumpa orang macam ni,” kata Marzuki Yahya seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Semalam, Ali Tinju mengambil kesempatan menyerahkan borang keahlian kepada Marzuki dalam majlis penyerahan bantuan asnaf di Bandar Tun Razak dekat sini.

Dalam majlis itu, timbalan menteri luar negara turut menerima lebih 500 borang permohonan sebelum tiba-tiba Mohd Ali diumum turut menyerah borang keahlian.

Beberapa tahun lalu, Mohd Ali bersama sekumpulan lelaki melakukan ‘senaman punggung’ depan rumah peguam dan bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga. - Projek MM

No comments