Header Ads

SU sulit Najib arah gugur nama Jho Low dari laporan - Ketua audit negara


Perenggan berkaitan kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB). diarah digugurkan dalam penyediaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Loading...

Menurut Ketua Audit Negara Madinah Mohamad, perkara itu diarahkan bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri, Shukry Salleh pada 26 Februari 2016 atas alasan ianya sensitif dan untuk mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang ketika itu.

Madinah berkata beliau telah menyampaikan taklimat kepada mesyuarat Jemaah Menteri mengenai pindaan kepada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum laporan berkenaan dimuktamad dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016.

“Laporan akhir Pengauditan 1MDB sebelum pindaan telah diserahkan kepada Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan.

- Bernama

No comments

Loading...