Header Ads

SPRM tahan bekas pengarah Jabatan Imigresen bergelar 'Datuk'


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas pengarah bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen bergelar ‘Datuk’ dan dua kakitangannya kerana disyaki terlibat rasuah.


Loading...

Sumber SPRM berkata pada tahun 2015 hingga 2016, lelaki bergelar ‘Datuk’ berumur 47 tahun itu bersama dua kakitanganya menerima rasuah daripada agen-agen yang menguruskan pas lawatan sosial bernilai jutaan ringgit Malaysia.

“Ia adalah sebagai balasan untuk memudahkan kelulusan permohonan pas lawatan sosial daripada Jabatan Imigresen Malaysia manakala aduan kes ini dibuka bagi menjalankan siasatan dibawah seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.



“Kesemua suspek ditahan di kediaman masing-masing iaitu di sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang dan Setapak hari ini.

“Mereka direman di Mahkamah Majistret Putrajaya selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan kes berkenaan,” kata sumber itu.

- Bernama

No comments

Loading...