Header Ads

SPRM siasat dakwaan pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Loading...
SPRM dalam kenyataan hari ini menjelaskan, Suruhanjaya itu telah meneliti dokumen asal laporan untuk dibandingkan dengan draf akhir yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

"Sehubungan itu, SPRM akan memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berkaitan isu itu dalam tempoh terdekat," menurut kenyataan itu.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, dalam satu kenyataan hari ini mendedahkan, bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1MDB telah diubah dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu mengenainya. - Bernama

No comments

Loading...