Header Ads

SPRM siasat bekas gabenor Bank Negara


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPSM) telah menyoal siasat bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, lapor portal The Star Online hari ini.

Ia berhubung isu pembelian 22.5 hektar tanah kerajaan berharga RM2 bilion oleh bank pusat berkenaan pada Jan tahun ini yang didakwa bagi menyelamatkan 1MDB.


Loading...
Memetik sumber SPRM, laporan itu mengatakan pegawai-pegawai lain di bank pusat itu turut dipanggil untuk disoal siasat.

"Kami telah merekodkan keterangan beliau dan daripada ramai pegawai BNM lain. Siasatan SPRM menjurus mengenai penjualan tanah (kepada BNM).

"Mengenai isu sama ada jualan itu dilakukan dengan cara yang betul, itu bergantung kepada siasatan bank pusat sendiri," kata sumber itu.

Memetik portal Malaysiakini, Bank Negara sebelum ini mengatakan ia sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai jualan tanah berkenaan dan beberapa "pegawai yang berkaitan" telah diminta bercuti sementara siasatan dilakukan.

Siasatan SPRM tidak akan mengganggu siasatan bank pusat itu, kata sumber tersebut.

"Jika BNM mahu menyiasat pegawainya sendiri, itu adalah siasatan dalamannya sendiri. Kami tidak akan campur tangan,"sumber itu dipetik sebagai berkata. - Malaysiakini

No comments

Loading...