Header Ads

Selepas undian Sabah, Azmin selesa dahului Rafizi 3,295 undi


Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pesaingnya Rafizi Ramli dengan majoriti 3,295 undi selepas proses pengundian di Sabah bagi jawatan timbalan presiden PKR.


Loading...
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Azmin memperoleh 10,467 undi berbanding Rafizi 8,882 undi hasil undian 24 daripada 25 cabang di negeri tersebut, lapor Malaysiakini.

Secara keseluruhan, keputusan tidak rasmi menunjukkan menteri hal ehwal ekonomi memperoleh 60,091 undi manakala Rafizi 56,796 undi.

Sebelum pengundian di Sabah, yang dianggap penting kerana jumlah ahli PKR kedua tertinggi selepas Selangor, kedua-dua pemimpin parti itu dipisahkan majoriti kecil.

Proses pengundian di Sarawak, negeri terakhir, dijadual berlangsung minggu depan.- Projek MM

No comments

Loading...