Header Ads

Saya akan pecat kamu kerana IQ rendah, kata KJ

Foto FMT

Selepas menempelak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini giliran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam pula menerima nasib sama ditempelak Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Tetapi kali ini, Khairy mengingatkan Lokman perkara pertama akan dilakukannya sekiranya menjadi Presiden UMNO adalah memecat beliau kerana mempunyai tahap kepintaran rendah.


Loading...
Menerusi akaun Twitternya yang ditujukan kepada Lokman, Khairy berkata: “You better pray I Don’t become President of UMNO. First Thing I’ll do is sack you for having the IQ of a carrot” (Lebih baik anda berdoa saya tidak menjadi Presiden UMNO. Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah memecat anda kerana mempunyai IQ rendah).

Lokman dalam tulisannya di sebuah portal berita hari ini menyifatkan bekas Ketua Pemuda UMNO itu ‘meroyan seperti orang datang bulan’ merujuk pada tindakannya yang menempelak Najib semalam.

Khairy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan Barisan Nasional (BN) semalam menempelak kenyataan Najib yang menyatakan kekalahan (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu adalah disebabkan fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH).

Beliau sebaliknya menyatakan BN tewas pada PRU-14 akibat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam akaun Twitternya, KJ berkata: “We lost because of 1MDB. The End” (Kita kalah sebab 1MDB. Tamat.)

Lokman dalam tulisannya itu pula berkata, beliau tidak pasti apakah masalah Khairy yang meroyan seperti orang datang bulan apabila mengatakan bahawa punca kekalahan BN hanyalah kerana 1MDB.

“Tapi apa yang pasti, jika beliau meneruskan sikap menuding jari secara berterusan, saya rasa beliau boleh berhenti bermimpi untuk menjadi Presiden UMNO.

“Sepatutnya, selaku bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy kena menilai sama ada aktiviti menjadi model sambilan di Majalah Maskulin, hobi berselfie dan kepakaran memilih warna stokin yang betul, telah berjaya menarik minat orang muda untuk menyokong BN,” katanya dipetik daripada laporan itu. - Harian Metro

No comments

Loading...