Header Ads

Rusuhan kuil: PM dedah dalang bukan penduduk tempatan


Dalang yang mencetuskan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya kelmarin dipercayai bukan dilakukan penduduk tempatan sebaliknya oleh pihak luar.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kes tersebut bukan melibatkan pergaduhan antara orang Melayu dengan orang India tetapi terdapat dalang di sebalik kejadian tersebut.


Loading...
“Pihak polis tidak bertindak kasar kerana mereka perlu berhati-hati dan ini bukan kes Melayu lawan India tetapi ini masalah orang yang datang tempat lain bukan penduduk tempatan, ada orang jadi dalang di belakang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Akademik Negara Kali Ke-12 di sini malam ini.

Memetik Kosmo! Online, akibat kejadian rusuhan itu, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh berada di dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan supaya kejadian itu tidak berulang pada masa depan, Mahathir berkata, kerajaan mempunyai mekanisme untuk menghalang perkara tersebut.

“Masa depan belum berlaku tetapi kita ada cara untuk melarang perkara ini daripada berlaku lagi,” ujar beliau.

No comments

Loading...