Header Ads

Rosmah mohon kes gagal isytihar pendapatan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengemukakan permohonan bagi memindahkan 17 kes melibatkan pengubahan wang haram dan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent, yang mewakili Rosmah, 67, berkata demikian kepada media selepas pengurusan kes dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar, Nur Ain Mustapa.

Loading...

"Timbalan Pendakwaraya Awam, Datin Nurshuhaida Zainal Azahar tidak membantah kepada permohonan itu tetapi mereka (pendakwaraya) akan menjawab kepada afidavit kami,” katanya.

Sementara itu, Datuk K. Kumaraendran yang juga bertindak bagi pihak Rosmah berkata, permohonan itu dikemukakan pada minggu lepas memandangkan kes itu melibatkan butiran undang-undang dan Mahkamah  Tinggi adalah tempat yang terbaik untuk memutuskan mengenai isu ini.

“Permohonan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali  Khamis ini,” kata Kumaraendran dan menambah bahawa Rosmah tidak hadir semasa prosiding pada Isnin. - Bernama

No comments

Loading...