Header Ads

Rina sedia terima sebarang keputusan jika berlaku rombakan Kabinet


KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun bersedia menerima apa sahaja keputusan mengenai kedudukannya, sekiranya berlaku rombakan Kabinet.

Beliau berkata ketika ini beliau akan tetap memberi keutamaan untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam portfolio yang diberikan kepadanya.


Loading...
"Saya terima saja apa keputusan (sekiranya digugurkan). Selagi saya masih memegang jawatan ini saya akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab," katanya ketika ditanya mengenai desas-desus rombakan kabinet yang mengaitkan namanya sebagai antara individu yang akan digugurkan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil 2018 Tabika Kemas, bagi Parlimen Cheras di Kolej Antarabangsa YPC di sini hari ini.

Bagaimanapun, Rina berkata beliau tidak mendengar kemungkinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan rombakan Kabinet dalam waktu terdekat.

Dalam perkembangan lain, Rina berkata Kemas Wilayah Persekutuan akan memperluaskan modul pendidikan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (Stream) di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) seluruh negeri itu pada tahun depan.

Katanya modul melalui pendekatan 'belajar sambil bermain' di Wilayah Persekutuan itu akan memfokuskan kepada pengkhususan robotik.

Sebelum ini, media melaporkan Tabika Kemas Pintar Stream Chabau, Jasin di Melaka menjadi perintis kepada modul pendidikan itu, melalui projek bertemakan pendidikan model penerbangan (aviation model) dan akan diperluas ke negeri lain. - Bernama

No comments