Header Ads

Pulangkan wang negara wahai 'penyangak' 1MDB - Guan Eng


Menteri kewangan mendesak “penyangak” skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memulangkan semula wang rakyat yang dicuri daripada dana itu.

Membentangkan Belanjawan 2019 di Parlimen petang ini, Lim Guan Eng mengingatkan mereka agar bersedia diheret ke mahkamah susulan penyelewengan tersebut.

“Mereka adalah antara dalang dalam penerbitan bon 1MDB berjumlah US$6.5 bilion atau RM26 bilion yang bersubahat dengan penyangak di Malaysia untuk menyelewengkan wang rakyat Malaysia.

Loading...


“Berita yang lebih baik ialah Jho Low, watak utama dalam skandal ini telahpun didakwa (dituduh tanpa hadir) di Amerika Syarikat.

“Bagi penyangak yang telah mencuri wang rakyat, pulangkanlah wang kepada negara dan bersedia dihadapkan ke muka pengadilan.

“Bagi mereka yang masih menyokong penyangak ini, pohonlah maaf dan letak jawatan daripada pejabat awam,” katanya.

Gesaan itu dibuat susulan pendakwaan dua bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dan Roger Ng, oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.



Leissner, yang mengaku bersalah  terhadap tuduhan membayar rasuah untuk mendapat penerbitan bon 1MDB, bersedia membayar US$43.7 juta (RM181.7 juta).

Desakan dalam capan bertemakan “Malaysia wibawa, ekonomi dinamik, rakyat sejahtera” tepukan tanda sokongan penyokong kerajaan kepada pemimpin DAP itu.

Turut kedengaran suara riuh-rendah dan sorakan dalam Dewan Rakyat ketika beliau berucap pada perenggan-perenggan akhir ucapannya yang jelas menghentam kerajaan dahulu.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa berhubung kes anak syarikat 1MDB sebanyak RM42 juta, hadir dalam pembentangan tersebut.

Sebelum itu, ucapan selama lebih dua jam Lim turut diganggu oleh anggota parlimen pembangkang yang bersorak dan mencelah menyebakan Lim menghentikan seketika ucapannya.

Insiden pertama ketika Lim menyifatkan buat julung kali Pakatan Harapan membentangkan belanjawan selepasn 61 tahun susulan rakyat menjatuhkan kerajaan “kleptokrasi global” pada 9 Mei lalu.

“Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang telah menunjukkan keberanian dan rasa kasih sayang kepada tanah air yang tercinta dengan menyelamatkan negara daripada sebuah kerajaan kleptokrasi global dan menggantikan pentadbiran tersebut dengan satu kerajaan baharu yang bersih dan demokratik,” katanya.

Ia mengundang suara riuh-rendah dan sorokan wakil rakyat pembangkang lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata: “Bawa bertenang, Yang Berhormat”.

Pada masa yang sama, kendengaran suara mencelah kedengaran “nak bentang bajet ke ini?” tetapi wakil rakyat itu tidak dapat dipastikan dalam rakaman langsung di televisyen. - Projek MM

No comments

Loading...