Header Ads

PM lawat Adib, perusuh ada niat membunuh

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendengar penerangan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara Datuk Seri Dr. Mohd Azhari Yakub ketika melawat anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara semalam. Adib cedera parah diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25. Turut kelihatan Head of ECMO Services Datuk Dr Mohd Nazeri Nordin. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan rusuhan yang hampir meragut nyawa anggota bomba di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya dekat sini mempunyai niat untuk membunuh mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24.

Loading...

Kesal dengan nasib menimpa mangsa, Perdana Menteri berkata, kumpulan tersebut jelas terdiri daripada mereka yang tiada perasaan.

“Saya tengok kepada kea­daan mangsa, nampak jelas orang yang melakukannya (perusuh) mempunyai niat untuk membunuh.


“Kita boleh ada demonstrasi, tetapi perlu berlangsung de­ngan aman, namun yang berlaku sekarang ini bukan satu demonstrasi, ia satu tindakan untuk membunuh bila mereka datang dengan parang dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN).

Dr Mahathir meluangkan masa setengah jam melawat Muhammad Adib untuk mengetahui perkembangan yang sebelum ini dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Perdana Menteri menjelaskan, biarpun pihaknya tidak mempunyai bukti mencukupi namun polis akan melakukan siasatan terperinci untuk mengesan dalang rusuhan tersebut.

No comments

Loading...