Header Ads

PM: Bawa masuk pekerja asing, kerajaan tidak akan benarkan rasuah


TOKYO, 7 Nov — Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan sebarang kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara terlibat dalam proses membawa pekerja asing ke dalam negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata di bawah pentadbiran sebelum ini, proses membawa masuk pekerja asing ke dalam negara banyak melibatkan perbuatan rasuah.


Loading...
“Sekarang ini kita ada dasar yang lebih teratur mengenai pengambilan pekerja asing, kita tidak akan benarkan samasekali sebarang perbuatan rasuah, atau jual beli pekerja, atau membawa masuk pekerja ke dalam negara secara haram.

“Kita hanya mahukan mereka yang mempunyai pekerjaan untuk datang ke Malaysia,” katanya dalam sesi dialog pada Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) ke-36 dan Forum Perniagaan Malaysia di sini semalam.

Dr Mahathir berada di sini untuk lawatan tiga hari ke Jepun. — Bernama

No comments

Loading...