Header Ads

Peruntukan SPRM naik RM45 juta, anggota ditambah


KUALA LUMPUR, 3 Nov ― Peruntukan belanjawan sebanyak RM286.8 juta untuk perbelanjaan mengurus Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menambah 100 pegawai pada tahun depan bukti kepercayaan kerajaan kepada SPRM dalam menangani rasuah di negara ini.

SPRM, dalam satu kenyataan, menyifatkan peruntukan itu adalah amanah yang harus dipikul dan akan diteruskan demi kepentingan rakyat Malaysia.

Loading...

“Perkara ini membuktikan kepercayaan kerajaan terhadap kebebasan SPRM dalam usaha untuk menangani jenayah rasuah serta pengubahan wang haram dalam sektor awam dan swasta,” menurut kenyataan itu.

SPRM akan terus melaksanakan tanggungjawab dalam menguatkuasakan undang-undang mengikut perlembagaan demi memastikan negara ini bebas daripada rasuah.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019 memperuntukkan RM286.8 juta untuk perbelanjaan mengurus SPRM iaitu peningkatan 18.5 peratus daripada RM242.1 juta yang diperuntukkan tahun lepas.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Nik Amlizan Mohamed memuji bajet 2019 kerajaan yang holistik dan inklusif dengan tujuan memperkukuhkan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kebajikan rakyat terutama segmen B40 dan M40.

Beliau berkata LTAT amat gembira dengan peruntukan sebanyak RM400 juta untuk menaik taraf, pembaikan dan penyelenggaraan perumahan kerajaan, termasuk kuaters untuk  Angkatan Tentera.

“Dengan memberi tumpuan untuk membantu anggota  Angkatan Tentera dan keluarga mereka, LTAT, anak syarikat milik penuh Perbadanan Perwira Harta Malaysia berharap dapat terus menyumbang kepada usaha ini, mengikut peruntukan ini,” katanya.

Beliau ketika cadangan peruntukan  RM400 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikan kuarters kerajaan untuk penjawat awam terutamanya polis, angkatan tentera dan guru agar dapat  hidup dengan lebih selesa. ― Bernama

No comments

Loading...