Header Ads

Penjenayah, dalang tidak akan terlepas

Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama


PUTRAJAYA - Kerajaan memberi amaran pelaku dan dalang kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman tidak akan terlepas.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akui kesal dengan kejadian itu sehingga menyebabkan ada anggota keselamatan dan penyelamat yang cedera.

Loading...


“Penjenayah-penjenayah yang terlibat cuba melakukan rusuhan serta mencederakan anggota keselamatan dan penyelamat termasuk kerosakan harta benda awam akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang yang sedia ada.

“Jika ada dalang di sebalik kejadian ini, mereka juga tidak akan terlepas daripada
menerima hukuman yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau sempat menegaskan kejadian rusuhan di kuil bukan tercetus kerana isu perkauman.
“Amat jelas daripada siasatan awal bahawa kejadian pertama yang berlaku mempunyai unsur jenayah. Begitu juga kejadian susulan yang melibatkan kerosakan harta benda serta kecederaan kepada anggota.


“Tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu berkaitan agama walaupun ianya
berkaitan perpindahan kuil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak mendengar khabar angin serta menyebarkan mesej yang tidak bertanggungjawab menerusi mana-mana media.

No comments

Loading...